Assalamualaikum...
Minggu lepas aku ada pergi satu spa yang berdekatan dengan rumah sewa aku untuk bertanyakan harga bagi massage kaki. Terkejut jugak la tengok price sebab harga kat spa tu dua kali ganda mahal daripada spa dekat dengan rumah aku di kedah. Kemudian adik pembantu spa tu ada cakap dah ada sorang customer buat rendaman kaki dengan air garam bukit. Orang yang ada selulit mengeluarkan lendir-lendir di kaki di samping membantu mengurangkan selulit. Disebabkan jakun dengan testimoni tersebut maka aku booking. Unforunately, pihak mereka lambat bertindak balas.Lama sangat menunggu namun tarik booking belum lagi diketahui bila.
Jumaat lepas aku study kat mcd bandar. Setiap jumaat di bandaraya Kuala Terengganu ada KT Walk. Dah lama tahu pasal KT Walk ni cuma tak pernah menjejakkan kaki. Disebabkan perletakan mcd dan KT Walk tu dekat, aku ajak la kawan aku jalan-jalan kat situ tengok apa yang menarik. Memang menarik pun sebab kat situ ada gerai makanan, pakaian, permainan dan macam-macam lagi. Paling best makanan yang dijual kat situ susah nak jumpa di kedai biasa.
Berbalik semula pada perenggan pertama, kerana kelambatan pihak spa dalam memberi tarikh booking, maka aku berniat untuk mencari pelekat tapak kaki yang dapat mengeluarkan toksik di farmasi. Aku banyak kali dah pakai pelekat tapak kaki ni, resultnya memang tak menghampakan. Aku rasa kaki aku semakin ringan. Kebetulan masa jalan-jalan kat KT Walk tu aku ternampak khemah refleksologi, aku pun terus pergi ke khemah tersebut untuk bertanyakan harga. Memang tukang urutnya adalah orang kurang upaya tetapi mereka adalah terlatih. Aku langsung tidak kedekut untuk invest RM20 bagi setengah jam sebab dah lama aku menanggung kesakitan. Sumpah, waktu mak cik tu urut rasa geli dan sedikit sakit tapi memang puas. Lepas ni rasa nak mengurut lagi di samping membantu golongan seperti ini menjana pendapatan. Berat mata memandang, berat lagi mahu memikul. Assalamualaikum.
Dah lama tak pakai pelekat tapak kaki tu. I should start buying that stuff again cos my body is full of toxic. Sad truth :(
ReplyDelete