Monday, 19 September 2016

Happy Birthday Abah Yang Ke-61

Assalamualaikum...

Pada 15 September yang lepas  ialah birthday abah aku. Senang je nak ingat tahun lahir mak dan ayah aku. Abah aku lahir dua tahun sebelum merdeka manakala mak aku lahir dua tahun selepas merdeka.

Kitorang adik-beradik memang tersangatlah jarang celebrate birthday abah aku. Bukan apa, sekarang kitorang adik-beradik semua duduk jauh-jauh. Kitorang boleh wish je. Mak ada cakap abah terasa kitorang tak celebrate birthday dia. Biasalah orang tua cepat terusik perasaannya.

Di kesempatan raya haji baru-baru ni semua adik-beradik berkumpul kecuali abang aku yang duk kat sabah tu sebab last minute dia ada operasi. Kemain suka abah bila kami adik-beradik celebrate birthday abah. Senyum memanjang. 


Vanilla spounge cake. Abah aku tak makan kek tiramisu mahupun indulgance. Tekak abah aku lebih selesa dengan kek span.




Makanan kitorang beli kat pasar malam je. Kitorang kesuntukan masa time ni.




Abang-abang aku apit abah aku potong kek. Haa tengok kemain senyum abah aku.



Seorang anak mesti nak buat yang terbaik untuk kedua orang tuanya. Begitu juga dengan aku. Semoga Allah panjangkan umur abah, memberkati hidup abah, abah sempat pergi haji dan Allah jemput abah dalam amalan abah diterima Allah

1 comment:

  1. happy birthday pakcik semoga panjang umur dan peroleh keberkatan:D

    ReplyDelete