Wednesday 20 January 2016

Ujian Tanda Hadiah

Assalamualaikum...



Hidup tak selalunya cerah dan kita kena bersedia akan ujian yang mendatang. Menurut ustazah Yasmin Mogahed, perkara buruk tak akan berlaku pada orang yang baik sekiranya kita memandang kepada akhirat. Kita anggap ujian yang datang adalah kiriman hadiah daripada Allah. Dengan datangnya ujian kita lebih dekat kepada dia.

Saya turut menerima hadiah daripada Allah. Allah memakbulkan doa saya kerana sewaktu saya dimarah, saya memohon biar saya seorang dimarah, jangan orang lain. Memang sakit untuk menanggung tapi saya bersyukur kerana orang lain tidak terlibat. Masa tu saya tak boleh study dan keep crying. Saya menerima banyak mesej dari kawan-kawan dan yang mengandungi kata-kata kekuatan. Antara mesej yang saya suka ialah kita nak kuat lalu Allah  beri kita ujian. 

Oleh kerana saya terbawa-bawa dengan kesedihan tersebut, saya berhajat untuk berhenti belajar. Saya bagi tau pada kawan-kawan saya. Semua tidak bersetuju dengan keputusan saya sebab keputusan yang dibuat hanya pada satu malam dan kesannya saya menyesal akan keputusan yang saya buat. Lagi pun saya dah belajar separuh jalan, lagi separuh jalan lagi untuk finishing bachelor degree.

Bila saya bermuhasabah, marah tu di mana-mana. Maksud saya, waktu belajar kena marah dan waktu kerja pun kena marah. Abah saya yang sudah tua pun kena marah dengan majikan. Kadang ada benarnya hati kena kering hidup zaman sekarang. Kalau tak kuat kita akan lost. Macam tu juga dengan kawan saya yang kena marah dengan teruk oleh dr kerana kesilapan beliau merawat pesakit. Ketika itu dia pelajar tahun akhir perubatan dan membuat keputusan untuk berhenti belajar. Berbekalkan sokongan dari ibunya, kini dia sudah bergelar sebagai doktor perubatan.

Akhir sekali, apa pun keputusan yang dibuat perlu difikir berkali-kali. Sebesar mana masalah yang menimpa jangan dipendam seorang diri sebaliknya mengadulah pada kawan-kawan atau ahli keluarga. Mana tahu selepas mendengar nasihat daripada mereka kita kembali menjadi kuat. Putting one's trust in Allah is the spiritual weapon that turns weakness into strength and few numbers into large numbers. It was also the weapon with which the Messengers of Allah faced up to the tyrants among their people. Never being intimated by their tyranny or weakened by their misschief

1 comment:

  1. mental kena kuat nak hadapi ujian. tapi bila dah hadapi tu memang amek masa nak move on

    ReplyDelete