Wednesday 23 November 2016

First Step: Booking Flight Ticket Done

Assalamualaikum...

Seperti biasa student universiti pasti merancang untuk memanfaatkan semester break mereka. Ada yang ingin mengerah tulang empat kerat demi mendapatkan wang saku untuk semester yang akan datang, ada yang merancang untuk tadabbur alam dan ada yang berhajat untuk qada segala penat lelah semasa belajar di rumah sahaja.

Untuk semester break yang akan datang aku merancang untuk berkelana melihat keindahan ciptaan Tuhan. Bulan Januari aku akan fly ke Sarawak bersama family untuk melawat abang dan kak ipar. First time pergi sarawak kira-kira tiga tahun yang lepas kami kesuntukan masa untuk berjalan-jalan di sana. Maka episod kali ni biar lebih bermakna.

Memandangkan dua orang housemates aku adalah Sabahan yang tinggal di Kinabatangan, aku fikir bagus juga kiranya aku meminta bantuan mereka untuk menunjuk jalan. Lepas aku menyatakan hasrat alhamdulillah mereka bersetuju dan kitorang terus usha flight ticket. Cadangnya nak ke Sabah empat hari sebelum sem baharu bermula. Kiranya nanti dari Sabah ke Terengganu kitorang balik sama-sama. 



Maaf aku terpaksa blurkan untuk safety aku


Diorang ambik flight dari Sandakan ke KK manakala aku punya flight dari Penang ke KK tapi kena transit dulu kat KLIA sebab aku naik Malindo. Kira ok la aku transit sejam lebih je. Disebabkan kali ni aku tengok harga tiket flight ke KK agak relevan iaitu sebanyak RM178 dari Penang ke KK, maka aku terus decide untuk booking. Lepas ni aku hanya perlu fokus kumpul wang untuk perbelanjaan di sana.

No comments:

Post a Comment