Thursday, 5 January 2017

My 2017 Goals

Assalamualaikum...

Must Achieved Goals


Graduate Bachelor Degree
Sekarang aku merupakan pelajar tahun akhir semester lima sarjana muda ekonomi. So satu semester sahaja lagi berbaki dan aku perlu buat yang terbaik untuk siapkan FYP. In shaa Allah hujung bulan November tahun depan berlangsungnya konvokesyen.



Get A Temporary Or Permanent Job
Aku seorang yang tidak begitu memilih kerja. Langsung tidak kisah sama ada pekerjaan sementara mahupun tetap, pendapatan bulanan mesti ada dengan tujuan untuk membayar semula wang yang emak kirim sewaktu aku belajar di universiti. Seboleh-bolehnya aku ingin bekerja sebelum konvokesyen agar segala kos pengangkutan, penginapan dan makan ditanggung menggunakan wang aku sendiri. Cukuplah aku banyak menyusahkan emakku sebelum ini. Kalian doakan ya =)



Travel Abroad
Sejujurnya aku tak pernah travel abroad walaupun Thailand. Aku cuma pernah sampai di boarder Malaysia-Thailand iaitu di Betong, Perak dan Padang Besar, Perlis. Baru-baru ini aku ada plan dengan housemate nak pergi Hatyai next April, tapi ianya seakan-akan tidak menjadi realiti sebab aku perlukan perancangan kewangan yang kukuh untuk internship.



Saving At Least RM1k
Aku tak meletakkan target yang begitu tinggi sebab aku tahu keadaan kewangan aku bagaimana. Bagi aku minimum saving sebanyak RM1k sudah cukup besar. Sekarang tengah melatih diri kumpul wang hijau dan wang syiling. Semoga target tercapai! 




Optional Goals To Be Achieved


Having My Own Car
Aku bukan anak orang kaya yang mak dan ayah dengan senang-lenang memberi kereta. Aku duk kat universiti ni pun guna motor ayah aku. Ni pun aku dah cukup bersyukur sebab senang aku nak pergi kelas walaupun ada kelas malam. Aku tak impikan kereta mahal, jenama tempatan seperti Perodua sudah memadai. Tapi biarlah first-hand agar ia menjadi lebih berkualiti.


Pursuing Master Degree
Angan-angan memang ada nak sambung sampai PhD. Tapi untuk capai tahap tersebut amat memerlukan mental yang sangat kuat. In shaa Allah berniat nak sambung master dalam bidang labor economics. Mungkin di UUM, in shaa Allah.





3 comments:

  1. Isilah masa masa muda dengan aktiviti dan peristiwa yang baik baik agar menjadi kenangan manis di masa tua kelak...

    ReplyDelete