Saturday 11 March 2017

Balloon Charity Run | Misi Kemanusiaan Kemboja-Vietnam 2017

Assalamualaikum...

Kat UMT memang banyak jenis run yang korang boleh join hasil daripada aktiviti sesebuah kelab. Percuma ke? Tak, sebab korang kena bayar duit untuk baju, makanan dan sijil. Kebiasaannya kena spend RM25 untuk run. Bagi Balloon Charity Run, ia merupakan sebahagian daripada aktiviti bagi Misi Keusahawanan Kemboja-Vietnam yang akan berlangsung pada hujung bulan ini. Sedikit dari yuran yang kami bayar akan disalurkan kepada golongan yang memerlukan di sana. Berlari sambil beramal tersangatlah best!



Afrina ni junior aku berlainan course. Kitorang dah bertekad kalau ada apa-apa je run kitorang nak join sebab nak kumpul merit. Ianya sangat penting untuk melayakkan kita sebagai pelajar aktif di universiti. Kebetulan masih awal sem, so decide hujung minggu nak join apa-apa program.




Gigih tau afrina google pose untuk balloon run. Oh ya, besides ada contest tau untuk gambar terbaik sepanjang Balloon Charity Run ni melalui hashtag. 












Ramai jugak students yang participate program ni. Tahniah untuk badan urusetia sebab pandai attract student untuk join. Walaupun berbayar tapi it is worthy!




Lautan belon!!!




Kitorang punya track kat luar kampus. Korang boleh bayang tak macam mana happynya kita berlari masuk kampung dan berlari tepi pantai pagi-pagi? Viewnya sangat cantik dan segar!!




Ada tiga check point di mana kita akan dibaling dengan colour powder. Jangan risau colour powder sangat mudah dicuci. Sebab tu lah aku dengan volunteer nya bagi badan urus setia baling banyak-banyak colour powder. Hahaha.




Ginilah rupanya baju lepas kena baling dengan color powder. It was so fun actually =) Cantik pun cantik.




Ini semester akhir aku. Kalau boleh aku nak cipta sebanyak memori yang boleh masa final semester ni. Lepas ni mesti rindukan kehidupan kampus =(

10 comments:

  1. cantik hasil balingan color powder tu

    ReplyDelete
  2. Meriah betul bila ramai2. Cantik ja tengok semua belon2 hehehe.
    Siap google pose untuk balloon run tu yg tak tahan haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha because a picture tells a thousand words kan...

      Delete
  3. Suka tengok lautan belon tu. Sungguh meriah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ni first time umt buat event ni

      Delete
  4. cantiknya gambar lautan belon tu. :D
    best la join aktiviti macam nie :)

    ReplyDelete
  5. Okeyh i nk baloon tu jugak k

    ReplyDelete
  6. Tak pernah join pun yang charity run jenis creatif2 macamni. Padahal skarang ni memang banyak sgt. Hihi

    Bestlaa kalau ada geng untuk join program camni. :)

    ReplyDelete